Zumala'

20130114

Puisi - Hakikat Hidup


hidup ini musafir
ada suka, ada saat getir
kadang-kadang berlari dan terjatuh
ada yang futur, tersungkur dan terus lumpuh
pilihan sendiri, kelak kau sendiri
biar berdiri atas jalan Ilahi

luka semalam; itu pengajaran
parut silam; itu peringatan
tangis air mata, buat hapus dosa
hati yang kelam harus digilap semula
inilah hakikat hidup kita
belajar dan cari redha yang Esa

selagi mampu, terus berlari
kejarlah mimpi dan janji Ilahi
kelak berjaya, jangan kaulupa
ayah bonda, dan jasa mereka
tiada guna hebat ditarbiah
tanpa redha ibu dan ayah

berpaksikan Ilahi, islam dan iman
asas dakwah ialah kecintaan
demi Tuhan, sanggup terbeban
segala-gala demi Tuhan, bukan insan
bimbang kecewa, kejarlah Yang Esa
Yang Abadi, tak pernah alpa

No comments:

Post a Comment