20121217

Travelog Auckland, NZ : Tarbiyyah Bumi Biri-Biri

Rasa menarik baca travelog Ust Hasrizal (Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu), teringin berkongsi pengalaman seperti beliau. Mungkin ringkas, harapnya bermanfaat; InsyaAllah.


Bismillahirrahmanirrahim


Perkongsian pengalaman diperoleh sepanjang 7 hari di NZ. Terima kasih MARA dan Yayasan Mahasiswa. Terima kasih mak abah. Terima kasih Allah.

Orang NZ (lebih gemar dipanggil Kiwis) sangat bersih. Untuk jumpa sampah sarap di jalanan perkara yang hampir mustahil, sehinggakan apabila terlihat ada secebis sampah di atas tanah, teruja kami jadinya.
Tandas, bahkan tandas awam, sangat bersih. Sekalipun di tempat-tempat awam seperti padang dan taman rekreasi, bahkan kesan contengan dan grafiti sangat minima. Paling hebat, kesan golden shower pun tiada di kebanyakan kawasan. Ajaib untuk orang yang majoritinya tidak dibesarkan dengan ajaran Islam.
Bagaimana kita di Malaysia?



Kiwis juga sangat beradab. Ada sahaja mulut yang ramah untuk menegur jika bertembung di jalanan, sekalipun tidak kenal sesama sendiri. G'day, ini merupakan sapaan yang common dalam kalangan Kiwis.
Teringat jumpa seorang kanak-kanak berusia 8 tahun. Floyd. Sangat fasih berbicara, macam orang dewasa.
Aunty Fatimah pun ada bercerita; dalam perjalanan ke suatu kawasan, beliau memberhentikan kereta bagi membenarkan seorang ibu dan anak-anaknya melintas. Ketika itu lampu isyarat bagi pejalan kaki masih berkilau warna merah. Ibu tersebut enggan. Aunty Fatimah bertanya kenapa; jawabnya mudah: Saya boleh melintas sahaja, tetapi saya ingin mengajar anak-anak saya menghormati undang-undang dan belajar mematuhinya. Oleh itu, saya harus menunjukkan contoh kepada mereka.

Terjumpa free thinkers dalam perjalanan hendak bersembahyang. Golongan flower power, atau golongan hippies. Ketika itu kami berbaju melayu dan yang wanita pula berbaju kurung. Kata mereka, your clothings is beautiful. Watching them makes my heart felt moved.
Tuhan apa yang kamu sembah, tanya mereka. "Allah," jawab Uncle Aziz, "the same God as what Jesus believes. The same God for all mankind. Islam teaches the idea of peace.". Mereka juga tersenyum. There should be peace in the world, itu juga ideologi yang mereka pegang. Di sebalik kekeliruan aqidah, pasti ada sinar fitrah yang tetap bercahaya. Allahu Akbar!

Pengalaman dan pengajaran terbesar sepanjang tempoh safar ringkas ini: Menghargai nikmat kehidupan sebagai seorang Muslim.
Tiba di Melbourne Airport, kami menunaikan solat jama' maghrib dan isya' di kawasan menunggu. Bangga ketika itu dapat bersolat di hadapan ramai orang lain. Bukan kerana apa, tetapi bangga menjadi seorang Muslim; bangga dapat beribadat kepada Allah. Seperti Umar al-Khattab yang dengan bangganya meneraju solat di hadapan Kaabah tanpa keraguan. Bangga dengan syariat Islam yang kita ada. Alhamdulillah.
Dan setiap kali bertemu Muslim di NZ, rasa sangat gembira; innama-l-mu'minuna ikhwah. Memang benar, ukhuwah teras kegemilangan.

Allah yubarik fi wa fikum aidhan. Allahu Akbar!

Gambar penulis bersama Nabil Tolibil Ilmi.

link untuk gambar-gambar di NZ: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.579450202081142.153175.100000485037192&type=3

3 comments: