Zumala'

20121217

Travelog Auckland, NZ : Tarbiyyah Bumi Biri-Biri

Rasa menarik baca travelog Ust Hasrizal (Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu), teringin berkongsi pengalaman seperti beliau. Mungkin ringkas, harapnya bermanfaat; InsyaAllah.


Bismillahirrahmanirrahim


Perkongsian pengalaman diperoleh sepanjang 7 hari di NZ. Terima kasih MARA dan Yayasan Mahasiswa. Terima kasih mak abah. Terima kasih Allah.

Orang NZ (lebih gemar dipanggil Kiwis) sangat bersih. Untuk jumpa sampah sarap di jalanan perkara yang hampir mustahil, sehinggakan apabila terlihat ada secebis sampah di atas tanah, teruja kami jadinya.
Tandas, bahkan tandas awam, sangat bersih. Sekalipun di tempat-tempat awam seperti padang dan taman rekreasi, bahkan kesan contengan dan grafiti sangat minima. Paling hebat, kesan golden shower pun tiada di kebanyakan kawasan. Ajaib untuk orang yang majoritinya tidak dibesarkan dengan ajaran Islam.
Bagaimana kita di Malaysia?