Zumala'

20131231

Khutbah dan Zakat

Dalam beberapa bulan berlangsung, aku amati teks-teks khutbah selalu berkisar samada zakat ataupun wakaf.

Muak.

Bukan muak dengan kisah zakat dan wakaf; muak dengan khutbah. Khutbah yang dibaca daripada teks disediakan oleh jabatan-jabatan tertentu:
khutbah yang kadang-kadang khatib sendiri tidak memahami isinya
khutbah yang dibaca seakan zikir di lisan, tetapi pulang jemaah tidak merasakan penambahan atau perubahan.
khutbah yang penuh kata tetapi kosong makna.

Dihebahkan kepada umum tentang zakat. Zakat sebagai alat yang mengimbangkan ekonomi umat Islam, maka umat Islam diperingatkan untuk membayar zakat saban tahun.
Zakat bukan setakat kutipan;
bukan setakat amil menunggu di pintu masjid di kala Ramadhan menjelma
bukan sekadar mengetahui nisbah fitrah itu berapa, harta itu berapa, dan tanaman itu berapa.
Bukan hanya bercerita bagaimana zakat berjaya menangani masalah kebejatan dan kemiskinan ummah.

Benar; zakat itu mampu menyelesaikan. Kala Umar Abdul 'Aziz menjadi Khalifah, dikhabarkan tidak ada individu yang layak menerima zakat melainkan Khalifah Umar sendiri.
Tetapi kenapa situasi yang sama tidak wujud pada hari ini?
Kerana kita lupa persoalan zakat ini bukan hanya pada kutipannya, penting juga untuk kita lihat bagaimana ia diagihkan.
Maka persoalan ini harus kita tujukan kepada mereka yang bertanggungjawab menguruskan kutipan dan pengagihan zakat ini; kerana berurusan dengan harta ummah banyak pengakuannya di hadapan Allah.

Bukan sekadar melaksana alat-alat dalam ekonomi Islam sahaja, sejauh mana juga kita cuba mengislamkan ekonomi kita pada hari ini?
Cukupkah dengan bank-bank mengamalkan kaedah perbankan syariah?
Bagaimana pula dengan korupsi berleluasa?
Illicit money transfers?
Perbelanjaan yang tidak berhemah? Tiada kredibiliti, akauntiblit dan transparensi?

Hmm.
Selagi mana ekonomi sedia ada belum benar-benar Islam, selagi itu situasi sedia ada kekal seperti biasa.

20130906

Enta Daie?

Enta daie?
Enta daie di mana?
Hanya di akademi dan sekolah agama?
Duduk bersama rakan-rakan daie?
Bincang masalah dan cari solusi?
Lalu bersungguh terapkan, tapi cuma dalam akademi?
Lalu bertepuk tangan dan puas hati?
Betulkah enta daie?

Enta daie?
Enta daie di mana?
Hanya di twitter, facebook dan blogspot?
Duduk menghadap keyboard dan google-google hadis?
Kemudian sebar mengharap retweet dan share?
Lalu bertepuk tangan dan puas hati?
Betulkah enta daie?

20130712

Seloka Ramadhan

Ke bazar, terkejar-kejar.
Ke masjid, payah dan sukar.

Syaitan tergari, tersenyum lebar.

20130619

Syria dan Persepsi

Bangkitkan Syria sebagai isu Sunni vs Syiah,
tiada ramai akan peduli.
Pandang mereka ini canggah agama,
maka tidak perlu dicampur sifir dari cakna mereka.

Bangkitkan Syria sebagai isu pemerintah zalim vs rakyat tertindas,
satu dunia akan bangun dan siaga bersolidariti.
Rakyat sentiasa bertakhta di dunia.
Pemimpin zalim hanya bertakhta di lubang neraka.

Bangkitkan isu dalam bahasa dan persepsi berbeza,
kesan dan hasil juga berbeza.
Sebab dan akibat.
Bahasa dan bunga.

20130608

RM50

RM50,
yang dibuat beli makan:
Secret Recipe, KFC, McD, Domino's, Goreng Pisang Azmi
tak pernah kita rasa rugi, tak pernah kita kenang-kenangkan
bila mana ia buat kita kenyang:
Gendang gendut tali kecapi
kenyang perut senanglah hati.

Tapi, andaikata
RM50 yang sama
masuk ke dalam tabung derma.
Mungkin untuk Gaza, mungkin untuk yatim dan orang tiada harta.
Atas segala apa yang kita sumbang, boleh jadi seminggu kita terkenang-kenang.
Tidur tak lena. Sering-sering teringat.
Dari mimpi jadi igau.
Selalu-selalu jadi angau.
Hampir-hampir naik sasau.
Semua kerana RM50 yang kita buat sumbangan.
Mungkin kita terlupa:

"Lan tanalu-l-birra hatta tunfiqu min-ma tuhibbun. Wa ma tunfiqu min syai-in fa inna-Llaha bihi 'alimun."
Ali Imran 3:92

20130602

Canggah Bola

Bila bercanggah dalam politik, kata mereka 'JANGAN'.
Canggah politik dalam satu bahagian kerna beza idea.
Mungkin ada yang cenderung kepada sifat dan prinsip radikal.
Tapi ada yang tanpa analisis teliti, terus mereka laungkan 'JANGAN'.
Kata mereka: Melayu gaduh melayu, cina tepuk tangan, india main percussion.

Bila bercanggah dalam bola, kata mereka 'TAKPA'.
Maki sana maki sini. Beza dengan canggah politik hampir-hampir tiada.
'THIS IS BUKIT BROGA!' 'LEBARKAN LENSAMU!'
'BERS***BUH KAMU!' 'GO DIE YOU!'
Akhir juga masam muka. Raut senyum memang tiada.

Memang pun dengan bola akhir sekali kita ubah dasar pendidikan.
Memang pun dengan bola di penghujungnya kita basmi kemiskinan.
Memang pun dengan bola dapat dibanteras korupsi dan rasuah.
Memang pun dengan bola hak-hak keadilan diperjuangkan.

Hmmm.
Ini kelas kelapan punya mentaliti.
Dicampur lagi permainan bola kurang berkualiti.

20130601

Mentaliti Hampas

Mencari surau hanya untuk ke tandas.
Mencari Tuhan hanya selepas tertindas.


20130519

Ku Imammu, Kau Makmumku

Kata si teruna:
Ku imammu, kau makmumku
Akan ku bimbingmu kearah kebaikan
Akan kukilas setiap tangisan
Akan kuperbaik setiap khilaf dan kesilapan
Hanya untukmu bakal makmumku.

Balas si dara:
Kau imamku, ku makmummu
Kan ku jadi tunjang yang mendokongmu
Kerna aku dari rusukmu
Yang menjaga dan memelihara
Segala urusanmu kupermudahkan
Segala bebanmu kuringankan
Kerna kau bakal imamku.

20130518

Hujan


Afiq merenung jendela. Dilihat gerimis, mungkin awan menangis.
"Aipp, tadi tengahari elok je panas. Ni hujan pulak. Takpela, kasi langgar sajaaa!"
Afiq segera menggapai but f50 Tunit/iTunes nya. Dipandang penuh kasih. Mana taknya, sepasang berharga RM779.00. Pintu rumah dibuka. Afiq menyarungkan but kesayangannya itu. Tiba-tiba: ZAAAAAAAAAAAAP!
Guruh berdentum kuat. Hujan yang renyai menjadi lebat: mencurah air hujan gugur ke bumi umpama hujan anjing dan kucing (<--pepatah Inggeris).

"CADAR! Spoil plan aku harini! Asal tetiba lebat ni!? Hujan memang spoil la!" gumam Afiq sendiri. Bengang. Segala yang dirancang habis batal. 

Jauh di atas, Awan mendengar segala cetusan lisan Afiq. Benar, Awan tidak bernyawa. Tapi dalam personifikasi cerita, Awan ini punya rasa kecewa. Awan juga makhluk yang Maha Esa. Bukan atas kehendak Awan turunnya hujan, tapi atas kekuasaan Tuhan. Dengan jiwa penuh hampa, Awan bermonolog:

20130511

Murron / Moron

Bismillah.

Dalam berprinsip
'Qul-il-haq, wa lau kana murron'
pastikan yang dilaung al-haq itu benar-benar al-haq.

Bimbang-bimbang 'murron' itu timbul,
bukan kerana pahitnya benar,
tapi kerana kita yang moron.

20130503

Macam Haram!

Bismillah.

Kau tengok babi tu kaupandang semacam.
Kau kata babi tu haram!
Tapi, aku hairan.
Rasuah yang kaumakan; bukankah itu haram?
Ya!
Korupsi itu haram!
Salahguna kuasa itu haram!
Tapi itulah yang kautelan, yang kauhadam.
*sigh*
Macam haram!

20130502

Pesan Abah #3

Bismillah.

Kita risau bila anak kita tak faham apa yang dibaca dalam silibus pembelajarannya.
Kita risau upayakah dia untuk menjawab peperiksaan?

Tapi,
risaukah kita bila anak kita tak memahami makna dan erti bacaan al-Qur'annya?
Itupun kalau baca.
Al-Qur'an ini sumber jawapan di akhirat kelak.
Al-Qur'an ini jugalah yang paling kita abaikan.
Allahu'alam.

Pesan Abah #2

Bismillah.

Dalam al-Qur'an ada 114 surah.
Rugilah kalau hanya satu surah yang kita baca.
Itupun surah Yasin.
Itupun malam Jumaat.
Itupun kalau ada hajat.

p/s: surah di sini tidak termasuk al-Fatihah.

Pesan Abah #1

Malam ni aku mula berkongsi pesan Abah. Buat bekal aku. Buat bekal Abah.
Kata Rasulullah SAW:

"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 

Bismillah.

Rajin-rajinkanlah diri ke surau dan masjid.
Jangan dalam saat memerlukan baru terhegeh mencari imam dan bilal:
"Mohon uruskan jenazah ibu saya ye pak imam."
"Imam, malam ni tolong buatkan tahlil untuk arwah tok saya."

Malulah.
Malu kepada jemaah dan ahli kariah.
Lebih malu kepada Allah.
Memang malu sebahagian dari iman, tapi bukan malu begini yang kita inginkan.

p/s: apa yang Abah sampaikan mungkin lain dari penyampaian, tapi maqasid insyaAllah sama dalam penulisan ini.

20130425

Celoteh 25 April 2013

Bismillah.
Atas kekuasaan yang Maha Kuasa aku berkuasa untuk celoteh malam ini.

Bismillah.

Atas satu perkara yang kamu tinggalkan
Samada kerana enggan atau bukan sebahagian daripada keinginan
Mungkin pula pada pengamatan kamu ia di luar kemampuan
MAKA
Harus kamu sedar
Itu bukan satu tiket untuk kamu menghalang yang lain
Seandai ke sana mereka cenderung dan punya ingin

*perkara : perbuatan/laku ma'ruf dan tidak kontradik dengan syariat Islam. 

Andai mudanya tidak dibimbing menjejak identiti, jangan terkejut kira tuanya tiada berjati diri.
Andai mudanya dihalang segala perkara, jangan terkejut kira tuanya tidak mengerti sebarang apa.

Dan Allah lebih mengetahui segala sesuatu.

Dalam satu riwayat, Nabi mengajarkan:

"Ajarlah anak-anakmu solat tatkala usia mereka tujuh tujuh, dan rotanlah (sekiranya mereka enggan) pada usia sepuluh tahun."

Sebarang ragu dalam mengerti, rujuk sini:

20130415

Jesus

I believe in Jesus.
Serius ni. I BELIEVE IN JESUS.

Eh? Satgi ada yang cakap aku ni murtad pulak.
Silap besar la tak beriman dekat Jesus.
Jesus tu nabi/rasul jugak. Beriman kepada rasul tu sebahagian dari kesempurnaan Islam.

'Hang ni biaq betui? Tu kapiaq saja boh nama Jesus nak bagi keliru umat Islam.'
Kalau betul, buktikan. Hakikatnya nama Jesus itu datang dari translasi, err camne nak cerita kasi senang faham? Baca je la terus dekat sini http://smderis.blogspot.com/2012/01/namesake-is-jesus-nabi-isa.html

Kadang-kadang ada jugak orang share berkenaan kristianisasi.

20130131

Merungkai Rahsia Kismis Doa


Norma majoriti masyarakat Malaysia tatkala musim peperiksaan menjelang:

"Ali, ni mak dah beli kat hang kismis doa. Satgi hang makan kasi habis."
"Ok mak. Nak makan sekali dengan susu cerdik ni ka?"
"Suka hati hang la, asaikan habis. Ha! Lagi satu. Hang jangan lupa bawak pensil dengan pemadam ni satgi pi masjid nu. Kan depa nak buat Yaseen, hang pi boh dekat tengah tu. Bagi berkat sikit hang nak jawab exam."
"Ok mak. No problem."

20130114

Puisi - Menjulang Juang

untuk pejuang-pejuang kebenaran.

Yang tertindas terus ditindas
Yang menindas tetap bebas
Ramai tercari-cari solusi
Merawat luka jiwa dan luka hati

Pejuang jangan berhenti
Peganglah erat sang panji-panji

Puisi - Hakikat Hidup


hidup ini musafir
ada suka, ada saat getir
kadang-kadang berlari dan terjatuh
ada yang futur, tersungkur dan terus lumpuh
pilihan sendiri, kelak kau sendiri
biar berdiri atas jalan Ilahi