20110312

Muwassofat Muslim: Tersusun Urusannya

"Kewajipan itu lebih berbanding waktu yang ada."
-As-Syahid Hasan al-Banna-

Jumaat, 11/3/2011; mengemas beg dengan penuh rasa gembira. Mana taknya, hari ini akan kupulang bertemu keluarga tercinta. Namun terpaku mataku memandang. Homework for this holiday: 

1. Biology -  Bioscore;
2. Physics - Physics Module Chapter 1 & Chapter 2;
3. Chemistry - Orange Notebook, Purple Practical Book, SPM MARA Trial Paper Set;
4. BM - Folio;
5. BI - 3 Entries of Journal;
6. PAI - Buku Biru MRSM, Pamplet Tokoh;
7. Sejarah - Handout.

Huh! Freaking banyak kerja rumah. But then, my mind went pondering. Bagaimana nak selesaikan kesemua kerja rumah yang diberi dan kerja rumah yang  menanti; belum dicampur kerja dakwah yang hakiki. Maka  secara tidak langsung, sebuah quote terlintas di benak minda saya; Muawassofat Muslim: Tersusun Urusannya;

Munazzam fi Shu'unih.





Mudah saja. Kerana itulah Imam Hasan al-Banna meletakkan keperibadian ini embas sebahagian daripada 10 Peribadi Muslim; kerana hari ini kita melihat betapa hecticnya perjalanan harian yang dilalui. Bahkan suatu ketika pernah Rasulullah SAW mengingatkan kita untuk mengejar kelapangan yang ada sebelum hilangnya waktu senggang:

"Kejarlah lima sebelum lima:.. Lapang sebelum sempit.."
-Hadeeth ar-Rasul-

Allah Mengajar Kita Untuk Menyusun Urusan

"Wahai orang beriman! Bertaqwalah kepada Allah; dan hendaklah setiap insan memperhatikan apa yang telah diperbuatkan untuk hari esok. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan."
( Al-Hasyr 59:18 )

Dalam menjalani kehidupan seharian, sangat penting bagi kita untuk menyusun urusan. Sebagaimana firman Allah di atas, ketelitian-Nya terhadap segala perlakuan kita memaksa kita untuk menjadi teliti terhadap perbuatan sendiri. Malahan, kemampuan untuk mengatur urusan hanya ada pada mereka yang jelas terhadap matlamat mereka. Kerana itulah ramai yang gagal merancang, sekalipun mereka tidak merancang untuk gagal.

"Allah yang menciptakan langit dan bumi, serta apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa; kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy.."
( As-Sajdah 32:4 )

Sebahagian mempersoalkan, bukankah Allah Maha Berkuasa? Mengapa Dia memerlukan masa untuk mencipta alam ini? Namun hakikatnya Allah ingin mengajar manusia bahawa setiap perkara itu perlu ada aturan, lebih-lebih lagi pada perkara yang penting dan besar*. Bayangkan pada hari ini manusia melakukan suatu perbuatan secara sekaligus, tidakkah ia akan mendatangkan 1001 keburukan? Kereta dipasang tanpa melalui proses yang diatur, adakah ia akan berfungsi seperti biasa? Garam, gula, rempah ratus dan ramuan masakan dicampur tanpa mengikut resepi, adakah makanan tersebut akan menjadi enak seperti yang sepatutnya?

*Sekalipun tiada suatupun yang besar dan mustahil bagi Allah, kerana jika Dia berkata "Jadilah", maka jadilah.

Bukan itu sahaja, bagi menjayakan sesuatu urusan agar ia sempurna dan tidak tercela, maka kita perlu untuk menyusun dan mengaturnya. Hatta dalam proses penciptaan manusia, ciptaan terbaik, Allah meletak aturan yang sangat cantik dan tersusun. Bermula daripada persenyawaan sperma dan ovum, yang akhirnya membentuk nuthfah. Daripada nuthfah itu, bercambah ia menjadi 'alaqah, yang kemudiannya menjadi mudghah, yang kemudiannya bercambah menjadi 'izhoman, yang akhirnya membentuk insan sempurna.

Khulasah mudah; susun urusan, settle semua.



Kalau dah susun urusan, barulah kita nampak di mana jalan.

2 comments: