Zumala'

20130519

Ku Imammu, Kau Makmumku

Kata si teruna:
Ku imammu, kau makmumku
Akan ku bimbingmu kearah kebaikan
Akan kukilas setiap tangisan
Akan kuperbaik setiap khilaf dan kesilapan
Hanya untukmu bakal makmumku.

Balas si dara:
Kau imamku, ku makmummu
Kan ku jadi tunjang yang mendokongmu
Kerna aku dari rusukmu
Yang menjaga dan memelihara
Segala urusanmu kupermudahkan
Segala bebanmu kuringankan
Kerna kau bakal imamku.

20130518

Hujan


Afiq merenung jendela. Dilihat gerimis, mungkin awan menangis.
"Aipp, tadi tengahari elok je panas. Ni hujan pulak. Takpela, kasi langgar sajaaa!"
Afiq segera menggapai but f50 Tunit/iTunes nya. Dipandang penuh kasih. Mana taknya, sepasang berharga RM779.00. Pintu rumah dibuka. Afiq menyarungkan but kesayangannya itu. Tiba-tiba: ZAAAAAAAAAAAAP!
Guruh berdentum kuat. Hujan yang renyai menjadi lebat: mencurah air hujan gugur ke bumi umpama hujan anjing dan kucing (<--pepatah Inggeris).

"CADAR! Spoil plan aku harini! Asal tetiba lebat ni!? Hujan memang spoil la!" gumam Afiq sendiri. Bengang. Segala yang dirancang habis batal. 

Jauh di atas, Awan mendengar segala cetusan lisan Afiq. Benar, Awan tidak bernyawa. Tapi dalam personifikasi cerita, Awan ini punya rasa kecewa. Awan juga makhluk yang Maha Esa. Bukan atas kehendak Awan turunnya hujan, tapi atas kekuasaan Tuhan. Dengan jiwa penuh hampa, Awan bermonolog:

20130511

Murron / Moron

Bismillah.

Dalam berprinsip
'Qul-il-haq, wa lau kana murron'
pastikan yang dilaung al-haq itu benar-benar al-haq.

Bimbang-bimbang 'murron' itu timbul,
bukan kerana pahitnya benar,
tapi kerana kita yang moron.

20130503

Macam Haram!

Bismillah.

Kau tengok babi tu kaupandang semacam.
Kau kata babi tu haram!
Tapi, aku hairan.
Rasuah yang kaumakan; bukankah itu haram?
Ya!
Korupsi itu haram!
Salahguna kuasa itu haram!
Tapi itulah yang kautelan, yang kauhadam.
*sigh*
Macam haram!

20130502

Pesan Abah #3

Bismillah.

Kita risau bila anak kita tak faham apa yang dibaca dalam silibus pembelajarannya.
Kita risau upayakah dia untuk menjawab peperiksaan?

Tapi,
risaukah kita bila anak kita tak memahami makna dan erti bacaan al-Qur'annya?
Itupun kalau baca.
Al-Qur'an ini sumber jawapan di akhirat kelak.
Al-Qur'an ini jugalah yang paling kita abaikan.
Allahu'alam.

Pesan Abah #2

Bismillah.

Dalam al-Qur'an ada 114 surah.
Rugilah kalau hanya satu surah yang kita baca.
Itupun surah Yasin.
Itupun malam Jumaat.
Itupun kalau ada hajat.

p/s: surah di sini tidak termasuk al-Fatihah.

Pesan Abah #1

Malam ni aku mula berkongsi pesan Abah. Buat bekal aku. Buat bekal Abah.
Kata Rasulullah SAW:

"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 

Bismillah.

Rajin-rajinkanlah diri ke surau dan masjid.
Jangan dalam saat memerlukan baru terhegeh mencari imam dan bilal:
"Mohon uruskan jenazah ibu saya ye pak imam."
"Imam, malam ni tolong buatkan tahlil untuk arwah tok saya."

Malulah.
Malu kepada jemaah dan ahli kariah.
Lebih malu kepada Allah.
Memang malu sebahagian dari iman, tapi bukan malu begini yang kita inginkan.

p/s: apa yang Abah sampaikan mungkin lain dari penyampaian, tapi maqasid insyaAllah sama dalam penulisan ini.