Zumala'

20130519

Ku Imammu, Kau Makmumku

Kata si teruna:
Ku imammu, kau makmumku
Akan ku bimbingmu kearah kebaikan
Akan kukilas setiap tangisan
Akan kuperbaik setiap khilaf dan kesilapan
Hanya untukmu bakal makmumku.

Balas si dara:
Kau imamku, ku makmummu
Kan ku jadi tunjang yang mendokongmu
Kerna aku dari rusukmu
Yang menjaga dan memelihara
Segala urusanmu kupermudahkan
Segala bebanmu kuringankan
Kerna kau bakal imamku.

Tudia. Ayat kemain kalah A Samad Said.

Yang bakal imam ni nak pi mesejid pun malaih.
Pak hang suruh jadi imam solat pun ketaq patella.
Beli gula-gula Fruit Plah pun pakai duit mak bagi.
Mampukah hang menampung bini dan anak-anak nanti?
Mampukah hang jadi imam yang adil? Satgi makmum bukan nak satu je; nak makmum 3, kalau boleh maksima yang ada.

Yang bakal maklum pulak, dalam impian nak menjadi rusuk kiri bakal imam; kononnya.
Walhal mak panggil sidai kain pun mengeluh.
Mak kejut bangun pagi pun mengilai.
Mampukah enti meringankan beban insan lain?
Menjadi ibu yang upaya mengandung, melahirkan dan mendidik anak-anak?

Cintan-cintun pun,
kejarlah apa yang utama.
Allah.
Rasul.
Ibu.
Ibu.
Ibu.
Bapa.
Perjalanan masih panjang.

No comments:

Post a Comment