20180808

Berjalan Tanpa Henti


Suatu ketika, Khabbab bin Arat dan beberapa orang sahabat Rasulullah SAW pergi menghadap baginda untuk mengajukan sebuah soalan: "Wahai Rasulullah, tidakkah anda hendak memintakan pertolongan bagi kami?"

Soalan timbul bukan kerana kecewa mahupun kesal terhadap perjuangan, namun kerana masing-masing berharap dan menginginkan kepada keselamatan. Tidaklah mengejutkan memandangkan Khabbab sendiri telah diseksa dengan teruk; bayangkanlah beliau seorang hamba di tengah Makkah, tanpa seorang pun saudara sekabilah apatah lagi pelindung mudah sahaja menjadi sasaran Musyrikin Makkah untuk memaksanya berbaring di atas bara, dipukul dengan besi panas, dan pelbagai lagi seksaan bagi membunuh moralnya.