Zumala'

20131231

Khutbah dan Zakat

Dalam beberapa bulan berlangsung, aku amati teks-teks khutbah selalu berkisar samada zakat ataupun wakaf.

Muak.

Bukan muak dengan kisah zakat dan wakaf; muak dengan khutbah. Khutbah yang dibaca daripada teks disediakan oleh jabatan-jabatan tertentu:
khutbah yang kadang-kadang khatib sendiri tidak memahami isinya
khutbah yang dibaca seakan zikir di lisan, tetapi pulang jemaah tidak merasakan penambahan atau perubahan.
khutbah yang penuh kata tetapi kosong makna.

Dihebahkan kepada umum tentang zakat. Zakat sebagai alat yang mengimbangkan ekonomi umat Islam, maka umat Islam diperingatkan untuk membayar zakat saban tahun.
Zakat bukan setakat kutipan;
bukan setakat amil menunggu di pintu masjid di kala Ramadhan menjelma
bukan sekadar mengetahui nisbah fitrah itu berapa, harta itu berapa, dan tanaman itu berapa.
Bukan hanya bercerita bagaimana zakat berjaya menangani masalah kebejatan dan kemiskinan ummah.

Benar; zakat itu mampu menyelesaikan. Kala Umar Abdul 'Aziz menjadi Khalifah, dikhabarkan tidak ada individu yang layak menerima zakat melainkan Khalifah Umar sendiri.
Tetapi kenapa situasi yang sama tidak wujud pada hari ini?
Kerana kita lupa persoalan zakat ini bukan hanya pada kutipannya, penting juga untuk kita lihat bagaimana ia diagihkan.
Maka persoalan ini harus kita tujukan kepada mereka yang bertanggungjawab menguruskan kutipan dan pengagihan zakat ini; kerana berurusan dengan harta ummah banyak pengakuannya di hadapan Allah.

Bukan sekadar melaksana alat-alat dalam ekonomi Islam sahaja, sejauh mana juga kita cuba mengislamkan ekonomi kita pada hari ini?
Cukupkah dengan bank-bank mengamalkan kaedah perbankan syariah?
Bagaimana pula dengan korupsi berleluasa?
Illicit money transfers?
Perbelanjaan yang tidak berhemah? Tiada kredibiliti, akauntiblit dan transparensi?

Hmm.
Selagi mana ekonomi sedia ada belum benar-benar Islam, selagi itu situasi sedia ada kekal seperti biasa.