Zumala'

20110204

Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir

Sebentar tadi, saya baru pulang daripada perhimpunan "Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir". Seronok melihat segenap manusia daripada pelbagai lapisan masyarakat; tanpa mengira bangsa, agama, ideologi; sama-sama berkumpul bagi menyuarakan hak rakyat Mesir, di samping menggesa Amerika untuk tidak masuk campur urusan Mesir, menunjukkan kebersamaan rakyat Malaysia dengan rakyat Mesir dan juga mendesak dunia untuk memberi tekanan kepada Hosni Mubarak untuk meletakkan jawatan. Hakikatnya semua berkumpul untuk menumbangkan kezaliman; secara tidak langsung mengajak manusia untuk kembali berfikir dan meneliti keadaan mereka hari ini.

Di sini terdapat beberapa gambar yang ingin saya kongsikan (klik pada gambar untuk besarkan):

Penyaksian Yang Akan Dipersoalkan

Sedikit ayat al-Qur'an untuk bersama kita renungi dan tadabbur:
وَيَوْمَ نَبْعَثُ فِي كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا عَلَيْهِمْ مِنْ أَنْفُسِهِمْ وَجِئْنَا بِكَ شَهِيدًا عَلَى هَؤُلاءِ وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ
"Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (Wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam." (An-Nahl 89)
فَلَنَسْأَلَنَّ الَّذِينَ أُرْسِلَ إِلَيْهِمْ وَلَنَسْأَلَنَّ الْمُرْسَلِينَ

20110201

Memang Aku Bukan..



Memang aku bukan Abu Bakar,
Yang bersama ar-Rasul di waktu sukar,
Yang menahan bisa kerana cinta,
Yang mengorbankan segala di jalan Yang Esa,
Kerana yakin dan percaya pada janji Rasul-Nya,
Yang pertama menjadi khalifah,
Selepas perginya si Habibullah,
Yang berkeras terhadap golongan riddah,
Yang menghapus gerakan Thulaiha dan Musailamah,
Yang mampu berkata dengan megahnya,
"Apakah kan runtuh agama,
Sedang aku masih bernyawa?";