Zumala'

20110204

Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir

Sebentar tadi, saya baru pulang daripada perhimpunan "Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir". Seronok melihat segenap manusia daripada pelbagai lapisan masyarakat; tanpa mengira bangsa, agama, ideologi; sama-sama berkumpul bagi menyuarakan hak rakyat Mesir, di samping menggesa Amerika untuk tidak masuk campur urusan Mesir, menunjukkan kebersamaan rakyat Malaysia dengan rakyat Mesir dan juga mendesak dunia untuk memberi tekanan kepada Hosni Mubarak untuk meletakkan jawatan. Hakikatnya semua berkumpul untuk menumbangkan kezaliman; secara tidak langsung mengajak manusia untuk kembali berfikir dan meneliti keadaan mereka hari ini.

Di sini terdapat beberapa gambar yang ingin saya kongsikan (klik pada gambar untuk besarkan):

Berarak menuju ke Kedutaan US.
Bergerak seusai solat Jumaat di Masjid as-Syakirin, KLCC.

Non-Muslim juga turut serta bersama perhimpunan.
Pemandangan sekitar perhimpunan.

Pemandangan sekitar perhimpunan.
Down! Down! Down Mubarak; pergi balik buat roti canai!

Pemandangan sekitar perhimpunan.
Salah seorang perwakilan sedang berucap.

Salah satu 'banner' terbaik.
Pemandangan sekitar perhimpunan.
Pemandangan sekitar perhimpunan.
Pemandangan sekitar perhimpunan.

Ucapan daripada Naib Presiden IKRAM, Tuan Haji Syed Ibrahim Syed Noh al-Habsyi.

Ucapan daripada Presiden IKRAM, Dr Parid Syeikh Ahmad.

* minta maaf jika gambar tidak begitu cantik. Diambil melalui telefon bimbit sahaja, dan saya hanya memakai telefon bimbit berjenama murah.

2 comments: