20140406

Bukan Semua Yang Arab Itu al-Qur'an

Dengan berkembangnya accessibility & capaian, khususnya melalui alam maya dan internet; Facebook, Twitter & lain-lain, kita melihat berkembangnya trend dakwah dan perkongsian ilmu. Mungkin trend ini berkembang atas dasar menghayati (atau mungkin mengejar RT) hadis Nabi SAW:

"Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat." (Riwayat Bukhari)


Namun, dalam berdakwah dan berkongsi ilmu, ada prinsip dan disiplin yang harus dipegang oleh semua. Seandainya prinsip dan disiplin ini diabai, maka hilanglah nilai integriti dan autentik dalam budaya ini.


Bukan semua yang Arab itu al-Quran
Satu kekeliruan utama dalam masyarakat Malaysia, khususnya komuniti Melayu, adalah untuk memahami bahawa tidak semua yang didatangkan dalam bahasa Arab itu datangnya dari al-Quran.


ini bukan ayat al-Quran!
Sebagai contoh, gambar di atas jelas menunjukkan kejahilan yang mencengkam masyarakat hari ini. Bukan sahaja sekadar dalam keadaan sesuka hati dinyatakan ayat ini datangnya dari al-Quran, bahkan lihat berapa ramai yang  menretweet, barangkali menyangka ianya baik untuk dikongsikan ayat yang kononnya datang dari al-Quran ini.

Bukan dinafikan ayat ini membawa maksud yang baik, satu peringatan kepada manusia; namun untuk menyatakan ia adalah ayat al-Quran adalah satu tindakan yang zalim dan jahil. Malahan ianya bukan hanya terkesan kepada pengepost, ia juga membawa bahana kepada mereka yang lain andaikira mereka menerima dan mempercayanya!

Dan belum kita ceritakan tentang segelintir mereka yang gemar berkongsi hadis, tanpa diusahakan untuk menyemak tahap authenticity hadis tersebut; sahih atau tidak?

siap capslock padahal hadis palsu
Dalam ghairah kita untuk berdakwah (kononnya), ingatlah bahawa Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa yang menipu atas namaku dengan sengaja maka tempahlah tempat duduknya di neraka.” (Muttafaqun 'alaih)


Nama Allah, ayat al-Quran dan hadis Nabi bukan komoditi!

"Berapa RT untuk nama yang mulia ini?"


Seharusnya kita bukan sahaja memperjuangkan nama Allah ini daripada dipersalahgunakan untuk penterjemahan Bible ke bahasa Melayu, bahkan kita juga seharus mengHARAMkan nama Allah dijadikan bahan komoditi untuk mengejar RT, like dan populariti! Apatah lagi hari ini nama Allah, agama Islam, ayat al-Quran dan hadis Nabi dijadikan modal pelaris produk. Tidak percaya? Buka sahaja radio IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia); pasti anda akan mendengar ruangan promosi kismis minda, minuman koko hypothalamus dan lain-lain yang cuba dilariskan jualannya dengan "ini dibacakan 30 juzu' dari al-Quran dalam 16 bahasa yang berbeza!". Dan jangan sekali dilupakan bagaimana produk penipu stem cell juga pernah dipromosikan dalam radio kefahaman Islam ini; hatta dipromosikan dengan mengulang-ulang nama Tuhan berkali-kali dan "sokonglah produk Muslim".

Dan paling gila bila mana diada-adakan ayat kononnya datang dari al-Quran hanya sekadar bagi meningkatkan jualan dan menjatuhkan lawan

taktau ah kalau brader ni ada buat al-Quran sendiri ke apa
Moga-moga Allah memberikan hidayah kepada hati kita.

3 comments:

  1. Nauzubillahimin zalik, takut juga kalau takde ilmu ni, tershare benda-benda yang tak sahih.. Niat untuk berkongsi sahaja, kalau ada tersalah harap ditegur ^^

    ReplyDelete
  2. Well said, bro. Lagi2 hok berapa rt utk nama yg indah ni?? Menyebalkan.

    ReplyDelete
  3. Thank You and that i have a keen offer you: Where To Start House Remodeling renovate my home

    ReplyDelete