20110318

Tanya Fahmi: Aku Ni Tak Cantik Ke?

First time saya sertai segmen dari blog lain; ini pun atas ajakan kawan. Tak apalah, kita berkongsi ilmu. Mana tahu ada yang mampu memperbetul pendapat saya daripada post  ini.


Link segmen: http://storyoffahmi.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html


SOALAN DARIPADA SAUDARA ARIEFFAHMI


- Apakah maksud kecantikan. Bagaimana seseorang itu boleh dikatakan cantik?



Beauty is in the eye of the beholder. Lain orang, berbeza pendapat tentang makna kecantikan. Bagi saya kecantikan itu bukan sekadar pada rupa. Kalau muka macam Avril Lavigne pun, tapi perangai macam banshee, memang tetap orang tak suka. Jika kita nak bandingkan antara manusia, seeloknya jangan. Kerana setiap manusia itu sebaik ciptaan, dan wajah dan rupa itu Allah yang tentukan:

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."
( surah al-Tin 95 : 4 )


Berbalik kepada cerita kecantikan, Rasulullah pernah bersabda:

"Wanita dinikahi karena empat faktor. Karena hartanya, nasabnya, kecantikannya, dan karena agamanya. Maka, menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung."
( Hadeeth ar-Rasul )

Sebagaimana syarak mengajak kita untuk memilih pasangan atas dasar agama, bukankah jelas bahawa cantiknya diri itu bergantung pada cantiknya hati? Malahan kita lihat pula kisah Julaibib RA:

kisah Julaibib RA agak panjang, jadi untuk membacanya boleh klik sini.

- Adakah kecantikan itu penting? Kenapa?

Kalau bercerita tentang cantik luaran, saya tidak menafikan tentang kepentingannya. Yalah, saya sendiri, jika dikurniakan Tuhan rezeki, berkeinginan isteri yang cantik. Atas dasar inilah, Islam membenarkan ummatnya untuk melihat bakal pasangan, agar kita tidak berasa tertipu di hari pernikahan kelak (mungkin kita kurang berkenan dengan wajahnya yang tidak sekacak Brad Pitt, atau secantik Lindsay Lohan.).

Namun, kecantikan yang paling penting ialah kecantikan dalaman; kerana inilah yang akan menjamin kebahagiaan rumahtangga. Betul tak? Ramai pasangan di luar sana berkahwin atas dasar berkenan dengan rupa paras pasangan masing-masing, tetapi hati budi tidak tergambar dek wajah dan rupa; akhir sekali, pasangan-pasangan berpisah dan mengambil haluan masing-masing. Dan ingatlah, kecantikan luaran pun tak kekal lama. Wajah yang tegang akhirnya berkedut, muka yang tembam akan hanya tinggal tulang. Wallahu a'lam.

- Apa perasaan anda bila ada orang cakap anda tak cantik?

Hmm. Macamlah orang itu cantik sangat kan? Hehe. Kalau orang cakap macam tu, mungkin itu dari pandangan dia. Beauty is in the eye of the beholder. Mungkin pada pandangan dia, wajahnya sangat tampan, lantaran itu dia sanggup berkata sedemikian. Namun, apa gunanya berwajah tampan kalau hati bersepah syaitan. (Bukan saya nak kata saya ni kacak, sebab memang tak kacak pun. tapi janganlah sewenang-wenang kita berkata sedemikian.)

"  Seorang mu'min itu ialah seorang yang mampu membuat mu'min lain berasa aman dari tangan dan lisannya. "
( Hadeeth ar-Rasul )

- Tips kecantikan yang boleh dipraktikkan bersama.

Saya pun tak berapa tahu tentang tips-tips kecantikan ni, tapi yang penting janganlah rupa paras kita menyebabkan orang lain berasa senang. Hilangkan bau-bau yang kurang menyenangkan. Yang paling penting, ambil wudhu' selalu; Insha-Allah bersinar wajah kita.

And then, saudara Fahmi suruh saya tag dua orang sahabat blogger  yang saya rasa cantik. Maaflah saudara Fahmi ye; saya skip part  tu.

Maaf atas segala salah dan silap.

Gambar hiasan.

4 comments: