Kerana keuntungannya yang berganda kita harus melabur. |
Bismillah-il-lazi-khalaqani-wal-lazi-razaqoni-bil-aql-wal-qalb-li'ufakkiru-'ala-ma-kholaqa-wa-ma-nazala-fis-samawati-wal-ardh.
“Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pelaku kebaikan, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
< Surah al-Baqarah : 112>
“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan berbuatlah kebaikan (dengan sebaik-baiknya); kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.”
< Surah al-Baqarah : 195 >
“Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).”
< Surah al-An’aam : 160 >
"Adakah balasan bagi kebaikan selain daripada kebaikan?"
< Surah ar-Rahman : 60 >
Kejarlah kebaikan, nescaya kebaikan akan mengejari kita!
p/s: Yang tertulis di atas hanyalah sebahagian daripada ayat al-Qur’an yang menceritakan tentang kebaikan; terdapat banyak lagi ayat-ayat al-Qur’an dan hadith-hadith lain yang bercerita tentang kebaikan. Amatlah digalakkan untuk mencarinya sendiri.
No comments:
Post a Comment