20110317

Malap Takkan Terpadam

Sekalipun didatangkan dengan seribu tentangan, cahaya-Nya akan terus bersinar.

"Mereka berkeinginan untuk memadam cahaya Allah (Islam) dengan mulut-mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak menyukainya."
( As-Saff 61:8 )

Benar janji-Nya. Hari ini kita melihat sehebat mana musuh-Nya bertekad untuk menjatuhkan Islam, namun segala usaha mereka gagal. Sebagai contoh;

Ikhwan-ul-Muslimin (apa itu Ikhwan-ul-Muslimin? klik sini. Kalau tak faham, klik sini pun boleh.)  kekal mekar dengan dakwahnya sehingga hari ini, bahkan telah berkembang ke seantero dunia; kendatipun harakah dakwah ini telah diharamkan kerajaan Mesir semenjak tahun 1958 lagi. Dan pada hari ini, harakah Ikhwan-ul-Muslimin semakin diterima masyarakat dunia.

Bumi Palestin gagal ditawan secara total oleh pihak Israel la'natullahi 'alaih, meskipun penaklukan telah berlangsung selama 63 tahun, bermula daripada tarikh 15 Mei 1948; tragedi Nakbah buat warga Palestin. Kegagalan mereka merupakan suatu yang aneh, lantaran Israel dibiayai Amerika sebanyak US$5 juta daripada hasil cukai pendapatan mereka. Malahan, Israel menerima bantuan ketenteraan sebanyak US$1.8 juta daripada Amerika setiap tahun, menyamai jumlah sumbangan Amerika kepada negara-negara Afrika. Amerika juga telah membelanjakan US$4 juta untuk membeli pesawat pejuang F 16, Apache dan Blackhawk bagi kegunaan Israel. Hairan bukan? Dengan segala kekuatan duniawi yang mereka ada, tetap mereka menemui jalan buntu. Kenapa? Mudah jawapannya; kerana Allah ingin memenuhi janji-Nya.

Dewasa ini, dunia melihat Islam semakin bangkit, kembali menuntut hak yang telah lama terabai. Revolusi Mesir, Revolusi Tunisia, Revolusi Libya; menjadi saksi bahawa umat Islam takkan dizalimi, sekalipun yang menzalimi itu seagama dengan mereka. Islam juga merupakan agama yang paling cepat berkembang di Eropah dan Amerika. Maka yakinlah dengan janji Allah, ad-deen ini pasti menemui kegemilangan yang pernah dicapai suatu ketika dahulu. Insya-Allah.

Langkah mencapai daulah.




No comments:

Post a Comment