20120606

Guru, Maafkan Kami

Kata Nabi SAW; hampir guru itu menjadi rasul.

Kalau bukan kerana guru, kenalkah kita apa itu alif, apa itu ba, apa itu ta?
Kalau bukan kerana guru, mampukah kita integrasikan rumus dan formula matematik?
Kalau bukan kerana guru, tahukah kita beza alkali dan asid?
Kalau bukan kerana guru, adakah kita mampu membezakan hipotonik dan hipertonik?


Guru telah mengubah hidup kita. Guru telah menjadikan kita sesuatu.

Guru bukan sekadar mereka yang mengajar kita kamar pembelajaran. Guru ialah mereka yang berkongsi ilmu dan mendidik kita, langsung mahupun tidak.

Nabi juga guru; dan guru termasuklah ibu, bapa, pakcik Din, makcik Bedah, Salman cubemate, dan semua insan yang berjasa kepada perkembangan ilmu kita, lebih-lebih lagi guru-guru anda yang mengajar di bilik darjah.

Jadi, berterima kasihlah :)

 
credits to Afifi, Mike, Nazim and Amirul Aiman.

Guru, maafkan kami :)

No comments:

Post a Comment