20120527

Kisah Hidup dan Persepsi II

Dari kalangan orang beriman itu ada 'rijal' yang membenarkan janji-janji Allah kepada mereka. -Al-Qur'an-

Kisah Satu

Kata Ali; mahu lihat pemimpin di zaman kelak,
lihatlah pemuda marcapada ini,
adakah hari ini mereka punya jiwa berakhlak,
terdidik minda nan jua hati.



Kalaulah hiburan yang jadi santapan,
ilmu dan agama jauhlah harapan,
memang pasti akan terjadi,
runtuhlah dinasti gemilang ini.

Kata Nabi; jika Tuhan ingin menghancurkan,
datanglah ketua yang tiada beriman,
dangkal jiwanya, hati kejahilan,
lantas musnahlah segala harapan dan impian.

Kalaulah minda dicerna sentiasa,
ilmu sebati di dalam jiwa,
agama membentuk kalbu sejahtera,
pasti pemuda segagah Muhammad Si Pembuka.
Iman, Ikhlas, Hammasah, Amal - Arkan-usy-Syabaab -
Umar pernah bercita,
Tuhan kurniakannya lembah berisi pemuda,
yang punya roh seperti Abu Ubaidah,
untuk diperjuangkan maruah ummah.

Iniasatif diri,
revolusi,
reformasi,
transformasi,
jadilah pemuda berjati diri,
kerana kalau bukan anda, siapa lagi?

Sokarno pernah berkata..

1 comment:

  1. suke part yg soekarno pernah bkate...teringat kat puteri yg menyinari.. :D

    ReplyDelete