20130131

Merungkai Rahsia Kismis Doa


Norma majoriti masyarakat Malaysia tatkala musim peperiksaan menjelang:

"Ali, ni mak dah beli kat hang kismis doa. Satgi hang makan kasi habis."
"Ok mak. Nak makan sekali dengan susu cerdik ni ka?"
"Suka hati hang la, asaikan habis. Ha! Lagi satu. Hang jangan lupa bawak pensil dengan pemadam ni satgi pi masjid nu. Kan depa nak buat Yaseen, hang pi boh dekat tengah tu. Bagi berkat sikit hang nak jawab exam."
"Ok mak. No problem."


Seusai keluar keputusan peperiksaan.

"Mak aih. Awat teruk sangat result hang ni Ali. Gilo bak hang!"
"Tak tau la mak."
"Bukan hang dah makan habih ka kismis doa mak beli tu? Susu cerdik pun dua tin besaq hang minum."
"Ali buat semua tu mak. Tak tau silap tang mana."
"Sat, hari tu hang bukak buku tak sebelum exam?"
"Errrrr, Ali ingat makan kismis tu dah cukup dah, jadi Ali tak bukak la."
Dbusssssh! Ali termakan tanah di bawah.

Itu masalah norma komuniti hari ini. Kita sibuk menangani dan menyelesaikan perkara sampingan, sehingga terabai perkara yang lebih utama untuk ditangani. Dalam adegan di atas, teringat pula satu babak dalam filem I'm Not Stupid yang berlangsung sekitar begini:

"Anak, makan sup otak khinzir ni."
"Eii, kenapa?"
"Supaya senang kamu nak jawab exam."
"Kalau cenggitu, kenapa tak suruh khinzir tu je yang jawab exam?"

Dalam konteks di atas, yang utama untuk ditangani atau diselesaikan adalah permasalahan malas study, sedangkan pengambilan nutrisi atau makanan suplemen yang bersesuaian hanyalah ekstra yang mempermudahkan, bukan menunjangkan usaha. Begitu juga dalam hal-hal lain, selesaikan masalah yang utama kerana ia akan membantutkan usaha satu masa kelak. Tiang yang reput harus diganti, bukan ditampal-tampal lagi.

Sebagai contoh, lihat bagaimana hari ini kita menangani isu kristianisasi:
Melarang penterjemahan kalimah 'God' kepada 'Allah'? Sudah, bahkan bermatian memperjuangkannya.
Mencadangkan pembakaran Bible berbahasa Melayu? Err, tak cukup perkasa kot kita.
Tapi bagaimana usaha menguatkan akidah dan meningkatkan pemahaman masyarakat Muslim dan bukan Muslim terhadap Islam? Sayang, usahanya kurang; bahkan pandangan mata kasar akan mengatakan tiada. Bila tercadang untuk diedarkan naskhah-naskhah al-Qur'an, ada yang larang. Kata mereka bimbang ada kekeliruan. Eh?

"Kitab al-Qur'an ini, tidak ada sebarang syak padanya.." (2:2)

Kekeliruan hanya datang kerana kita mengabaikan penjelasannya kepada mereka. Terlupakah kita bahawa Saidina Umar al-Khattab tertarik dengan Islam setelah beliau membaca Al-Qur'an?
Wallahua'lam

4 comments: