20130415

Jesus

I believe in Jesus.
Serius ni. I BELIEVE IN JESUS.

Eh? Satgi ada yang cakap aku ni murtad pulak.
Silap besar la tak beriman dekat Jesus.
Jesus tu nabi/rasul jugak. Beriman kepada rasul tu sebahagian dari kesempurnaan Islam.

'Hang ni biaq betui? Tu kapiaq saja boh nama Jesus nak bagi keliru umat Islam.'
Kalau betul, buktikan. Hakikatnya nama Jesus itu datang dari translasi, err camne nak cerita kasi senang faham? Baca je la terus dekat sini http://smderis.blogspot.com/2012/01/namesake-is-jesus-nabi-isa.html

Kadang-kadang ada jugak orang share berkenaan kristianisasi.
Bila baca-baca, ada yang cakap pasal holy water. Air 'suci' orang Kristian, kononnya. Bahagian mana yang suci tak tahulah. Mampu menyucikan najis ke tidak pun bukan bidang aku untuk membincangkannya.
Antara part yang menarik ialah bila seseorang Muslim itu minum holy water yang berwarna hitam (taktahu perisa apa, cincau barangkali), hilang kemampuan beliau untuk mengucap syahadah. Gerun bukan?

Tetapi sejak artikel ini berkisar dalam masyarakat dalam beberapa tahun, tak pernah muncul seorang pun yang mengaku beliau gagal mengucap selepas terminum holy water ni. Seorang pun tak pernah. Entah apa kemampuan holy water yang berasaskan : sea salt or kosher salt, spring water, rose water, glass container, white cloth and container bottle.
Paling ganas pun holy water orang buat macam ni:


just kidding!

Berbalik kepada persoalan asal:
Jadi benarkah dakwaan ni? Atau sekadar kisah membangkitkan persepsi dan sentimen?

Bukan menafikan berlakunya proses kristianisasi. Bukan.
Kita Muslim ada usaha dan semangat dalam menyampaikan dakwah Islam ini, mereka juga ada inisiatiaf menyampaikan agama mereka. Tapi di bahagian mana kita di ajar untuk menipu dalam dakwah ini?

Itulah komuniti hari ni. Ada yang ghairah menyampaikan kebaikan, tapi sendiri tak faham apa yang dibuatnya.
Ini belum bercerita tentang kisah kononnya 'siapa yang berkata-kata sewaktu azan dia akan sukar mengucap di saat kematian' yang kononnya juga berasal daripada hadith yang juga kuat disebarkan di mana-mana ruang yang mampu menyebar.

Daie bukan menyampaikan dakwah atas kekeliruan dan penipuan. Daie itu membawa pencerahan dan kefahaman; bukan mengkelabukan apa yang putih.
Kalau kita 'benar-benar' benar, buktikan ketelusan dalam kebenaran yang kita sampaikan. Kebenaran itu bersandarkan pada hakikatnya, bukan pada penyampainya.

Hilang wibawa daie bila dia menipu dan mengelirukan ummah dalam dakwahnya.
Wallahua'alam.

Sat tak habis lagi. Nah satu :


“Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil Haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.” [Q5:2]

4 comments:

  1. Bgi mana pula dgn org kata masa maghrib kena ttup pntu. Nnti setan masuk. Is that true. Just wondering. Trimas... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadis:
      Dari Jabir r.a katanya:"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja." (Muslim)

      dlm hadith ni saranan Nabi adalh jgn keluar lps maghrib. sbnrnya kalau tutup pintu atau tak bkn satu hlgn bg syaitan utk masuk.

      kemungkinan org2 tua menyarankan benda ni:

      1. Utk halang anak2 keluar dari rumah pd waktu ni.

      2. Hlg nyamuk mungkin. Malaysia kan antara kawasan melancong nyamuk2.

      Delete
    2. Okay. That explain much. Jzkk. May Allah bless you. ^_^

      Delete