20110528

Istiqamah; Erk~ Susah Ke?

Penulisan saya ini khusus saya tujukan kepada mereka yang bersekolah asrama, lebih-lebih lagi mereka yang bersekolah dengan saya. Namun, kepada mereka yang lain, tidak salah untuk mengambil 'ibrah. Maaf jika ada salah dan silap.

Yuk istiqamah!
Bila tiba musim cuti, ramai yang berkata "susahnya nak istiqamah!", dan pelbagai lagi dialog yang berupa sedemikian. Yelah, di sekolah qiamullail dan tahajud pada setiap pagi, berpuasa sunat Isnin dan Khamis, solat sunat rawatib di setiap waktunya dan pelbagai lagi amalan yang dilakukan oleh kita barangkali. Namun, sayangnya amalan-amalan ini hanya mampu wujud dalam keadaan wujudnya bi'ah solehah.


Bahkan ketika turunnya wahyu istiqamah ( Surah Hud 11 : 12 ), Rasulullah sendiri bersabda:

"Surah Hud ini membuatkan aku beruban."

Andaikata beruban Rasulullah menerima wahyu ini, bagaimana pula kita? Namun, tidak seharusnya hal ini dijadikan alasan untuk tidak istiqamah. Setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya;

IKHLAS
Dalam beramal, perkara pertama yang harus diteliti ialah niat; atas dasar apa kita melakukan sesuatu perbuatan itu. Kerana Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat, dan setiap sesuatu itu pasti menuju kepada apa yang diniatkan."

Istiqamah sangat menuntut keikhlasan dalam beramal, lantaran dengan itu wujud perasaan muraqabatullah yang akhirnya akan menuntut kelangsungan sesuatu amal itu kerana kehadiran Allah bersama kita adalah tidak terbatas masa dan ketika. Manakala amal yang dilakukan atas dasar manusia hanya akan berkekalan dengan kewujudan manusia itu di hadapan mata.

Sebagai contoh, Akram yang menunaikan solat jemaah di surau kerana takut dimarahi ayahnya. Bagaimana pula jika ayah Akram tiada di rumah atau tiada di dunia, adakah kelangsungan solat jemaah Akram akan berterusan? Pastinya tidak, kerana amal Akram hanya untuk menyelamatkan diri daripada ditengking, maka selamatlah Akram daripada ditengking; dan bila tiada penengking, maka tiada keperluan untuk Akram menyelamatkan diri daripada ditengking, signifikannya Akram tidak perlu melakukan usaha-usaha yang relatif.
Berbeza pula mereka yang mencari redha Allah dalam amal mereka, kerana mereka inilah insan yang istiqamah.

FAHAM
Manusia yang taqlid pada hakikatnya ialah mereka yang kurang berfikir. Dan kerana itulah ramai daripada kalangan manusia ini gagal istiqamah kerana melakukan amal secara taqlid. Bersolat, tetapi tanpa mengerti apakah tujuan solat tersebut. Membaca al-Qur'an, tetapi dalam keadaan melihat orang ramai membacanya. Kerana inilah kefahaman itu wajar ada dalam melakukan keamalan.

Dengan kefahaman, seseorang itu akan tetap melakukan sesuatu amal itu, sekalipun susah ataupun senang, ribut atau taufan (dramatik lah pulak..); kerana mereka mengerti apakah tujuan dan kebaikan yang bakal mereka perolehi. 

Tanpa kefahaman, seseorang itu akan tertanya-tanya mengapakah aku melakukan amal ini? Dalam keadaan ini, hanya ada dua kebarangkalian. Yang pertama, mereka akan cuba memahami tujuan sesuatu amal itu. Namun, manusia lebih cenderung kepada kebarangkalian yang kedua ini iaitu meninggalkan amal tersebut secara langsung.
__________________________________________________________________
Ini hanyalah sebahagian daripada langkah-langkah yang boleh dilakukan, dan masih tedapat cara-cara lain. Namun begitu, jangan sesekali berputus asa dalam beramal, kerana putus asa itu hanya dihalalkan dalam kekafiran.

Sebagai tambahan, anda semua bolehlah berkunjung ke laman ini:
http://thewisemoon.blogspot.com/2011/05/cutioh-cuti.html

Wallahu'alam, selamat beristiqamah.

Allahumma anta rabbana, farzuqna bilistiqamah.

2 comments: