20111129

Kisah Hidup dan Persepsi

Perkongsian pengalaman dalam sastera-sastera ringkas;

Siapakah jejaka ini? Klik sini.
Kisah Satu

sedari sekian nampak potensi, dah takdir jadi realiti;

bila berinteraksi, belajar berkomunikasi, tafsir teknik interpretasi;
kenal manusia, bukan sekadar mengenal rupa, bahkan mengerti jiwa raga, mengerti isi dan sanubari.


Kisah Dua

bila bangga berlaku nista, persis seperti fir'aun dihadapan Musa AS;

akhirnya fir'aun terkapai-kapai di dalam gelora, mengharapkan Tuhan yang sebelum ini fir'aun enggan percaya;
jangan terpedaya fana dunia, jangan terlepas maghfirah Yang Maha Esa, jangan tertipu 'macho' dan 'taiko' yang hakikatnya 'bodo-bodo'.


Kisah Tiga

sekadar alat. diperguna. terpedaya. namun tak terlihat dek mata dan jiwa;

iman ada, akal ada, tapi nafsu yang bertakhta sebagai raja. mana taknya langkah sering tersalah?
kononnya bahagia, gembira, hakikat diri sengsara, gelisah tiada tara;
manusia, manusia. memalukan manusia sahaja.


Kisah Empat

ilmu di dada dan jiwa, bukan di kertas semata;
untuk dihargai dan dilaksana;
untuk diperkongsi dan dibahas bersama;
namun segalanya sudah tidak bermakna;
ilmu dunia sekadar untuk diperiksa;
ilmu agama hanyalah untuk menunjuk ‘alim dan mencipta nama;
antara cemerlang ‘A+’ ujian atau terbilang gemilang menongkang kehidupan, mahupun keduanya setara, itu pilihan peribadi;
Ahmad yang menulis ini hanya berkongsi persepsi.

Tanpa sebab yang diketahui, gambar ini menarik minat penulis untuk dikongsikan dalam 'post' ini.

2 comments: