“Hari tu rumah kita kena pecah masuk.”
“Betul ke kaklang? Apa dia ambik?”
“Ada la sikit, tengok ni. Abah dah tambah padlock lagi.”
“Ooo, patutlah~”
.
.
.
.
Terkejut. Itu je yang saya rasa waktu tu. Bukan main banyak kunci yang sedia ada sebelum ni pun boleh kena pecah masuk. Yang lebih mengejutkan ialah benda ni berlaku time bulan Ramadhan.
Apa yang mengejutkannya?
Setan takde kut, tapi apecer mamat yang pecah masuk tu. Kan Nabi SAW pernah cakap:
“Pintu surga dibuka, pintu neraka ditutup dan setan-setan diikat ketika bulan Ramadhan.” (Hadith)
Mungkin sebab tulah Nabi SAW ingatkan kita dengan hadith ni:
“Berapa ramai yang berpuasa namun apa yang diperolehnya hanyalah lapar dan dahaga.” (Hadith)
Dahla penat berpuasa (itu pun kalau yang mencuri Muslim dan dia berpuasa) ditambah pula dengan penat mencuri. Bodoh tak bodoh (kalau rasa kasar, sila baca tak pandai tak tak pandai). Tak lupa pula mereka (termasuk saya juga) yang mengumpat, mengusha, melewatkan solat, dan macam-macam lagi la. Kentang gila setan didik nafsu korang.
Patutlah ramai yang gagal menggarap taqwa melalui puasa diorang sekalipun itulah tujuan sebenar kita berpuasa; kerana kita tak meletakkan iman sebagai input dalam melalui proses siyam (puasa) itu sendiri. (Teringat pulak tazkirah Muallim Abd Ar-Rahman Al-Hakim)
Kalau begitulah puasa kita, sampai bila-bila puasa kita sekadar puasa orang awam.
Persoalkan diri anda; Siapa setan sekarang? Kita ke setan (yang tengah kena ikat tu)?
No comments:
Post a Comment