20110131

Bila Suara Mesir Yang Sebenar Didengari

Biar runtuh demokrasi; andaikata demokrasi itu bererti kuasa kuku besi dan violasi hak asasi. GO EGYPT GO!! Jadilah Musa A.S., berdiri gagah menentang Fira'un dan para pemukanya.


20110130

Biar Jauh, Asal Kukuh

Saban hari kubuka laman sesawang facebook, kawan-kawanku asyik berkata tentang berpisah, berpisah dan berpisah. Seakan berpisah sudah menjadi trend dan hot stuff di facebook. Haha! Memang tidak dinafikan, perpisahan itu mendatangkan kesedihan. 

Namun begitu, perpisahan ini juga membawa kita kepada rahmat-Nya. Rasulullah pernah bersabda; bahawasanya segolongan mereka yang ternaung di bawah naungan Allah di hari kiamat kelak ialah mereka yang bertemu dan berpisah hanya kerana Allah. Dan baginda juga pernah berkata:

20110128

Strategi; Blueprint Kejayaan

Mat Jenin; dengar sahaja nama beliau, datanglah berbagai moral kepada kita. Jangan banyak berangan, jangan panjat pokok kelapa sambil berangan, angan-angan itu membawa padah; namun tiada satu pun yang menyatakan realiti sebenar kisah Mat Jenin. Terbukti, bahawasanya minda masyarakat kita hari ini telah lama dijumudkan oleh penjajah. Langsung kita menutup mata daripada berfikir akan pengajaran sebenar yang terdapat dalam kisah Mat Jenin.

Sebenarnya Mat Jenin merupakan mangsa di sini. Matinya Mat Jenin bukan dek terjatuh daripada pohon kelapa, tetapi penjajahlah yang membunuh karakter ini, kerana mereka takuti hero ini bakal menyebarkan falsafah perancangan dan strategi kepada masyarakat zaman itu.

Ibrahim A.S. dan Tarbiah Alam

bismillahirrahmanirrahim;

"Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, serta peredaran siang dan malam; terdapat tanda-tanda bagi mereka yang berfikir.''
(Ali Imraan : 190)

Lewat hari ini, ramai yang berpendapat bahawa kewujudan tarbiah itu hanya pada kuliah dan tazkirah, usrah dan jaulah. Namun sangka mereka itu salah, dan akhirnya pandangan-pandangan sebeginilah yang mengakibatkan ramai daripada kalangan yang terlibat dalam tarbiah ini kecundang di saat mereka keluar dari tempat yang mempunyai bi'ah solehah, ataupun mempunyai kesukaran untuk hadir ke majlis-majlis ilmu. Wujudnya pendapat ini diakibatkan kemampuan manusia untuk berfikir dan mentadabbur ditolak mentah-mentah, sebaliknya kita lebih mengharap kepada pentarbiahan langsung. Secara tidak langsung, hal ini menutup pemikiran kita, bahkan lebih mendorong kita untuk menjadi manusia yang taqlid semata-mata. Mungkin juga terjebaknya sebahagian manusia ke permasalahan ini disebabkan mereka tidak memahami firman Allah S.W.T di atas;