Untung jadi Najib
Dapat jadi Perdana Menteri
Membesar pun sebagai anak Perdana Menteri
Dulu-dulu nak belajar tak perlu pinjam PTPTN
Najib belajar dekat obersi
Najib mana masuk UiTM, mana main institusi tempatan
Kalau orang lain catu air, rumah Najib masih boleh mandi
Orang lain minyak naik, naik pening nak fikir
Najib bangun pagi semua kereta dah full tank
Mungkin Najib pun tak pernah bau ketiak marhaen di dalam keretapi sesendat tin sardin
Untung jadi Najib
Hang nak jadi Najib dak?
20141126
Macai Pun Ber'kapchai'
20140406
Bukan Semua Yang Arab Itu al-Qur'an
Dengan berkembangnya accessibility & capaian, khususnya melalui alam maya dan internet; Facebook, Twitter & lain-lain, kita melihat berkembangnya trend dakwah dan perkongsian ilmu. Mungkin trend ini berkembang atas dasar menghayati (atau mungkin mengejar RT) hadis Nabi SAW:
"Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat." (Riwayat Bukhari)
Namun, dalam berdakwah dan berkongsi ilmu, ada prinsip dan disiplin yang harus dipegang oleh semua. Seandainya prinsip dan disiplin ini diabai, maka hilanglah nilai integriti dan autentik dalam budaya ini.
Bukan semua yang Arab itu al-Quran
Satu kekeliruan utama dalam masyarakat Malaysia, khususnya komuniti Melayu, adalah untuk memahami bahawa tidak semua yang didatangkan dalam bahasa Arab itu datangnya dari al-Quran.
ini bukan ayat al-Quran! |
Subscribe to:
Posts (Atom)