20130619

Syria dan Persepsi

Bangkitkan Syria sebagai isu Sunni vs Syiah,
tiada ramai akan peduli.
Pandang mereka ini canggah agama,
maka tidak perlu dicampur sifir dari cakna mereka.

Bangkitkan Syria sebagai isu pemerintah zalim vs rakyat tertindas,
satu dunia akan bangun dan siaga bersolidariti.
Rakyat sentiasa bertakhta di dunia.
Pemimpin zalim hanya bertakhta di lubang neraka.

Bangkitkan isu dalam bahasa dan persepsi berbeza,
kesan dan hasil juga berbeza.
Sebab dan akibat.
Bahasa dan bunga.

20130608

RM50

RM50,
yang dibuat beli makan:
Secret Recipe, KFC, McD, Domino's, Goreng Pisang Azmi
tak pernah kita rasa rugi, tak pernah kita kenang-kenangkan
bila mana ia buat kita kenyang:
Gendang gendut tali kecapi
kenyang perut senanglah hati.

Tapi, andaikata
RM50 yang sama
masuk ke dalam tabung derma.
Mungkin untuk Gaza, mungkin untuk yatim dan orang tiada harta.
Atas segala apa yang kita sumbang, boleh jadi seminggu kita terkenang-kenang.
Tidur tak lena. Sering-sering teringat.
Dari mimpi jadi igau.
Selalu-selalu jadi angau.
Hampir-hampir naik sasau.
Semua kerana RM50 yang kita buat sumbangan.
Mungkin kita terlupa:

"Lan tanalu-l-birra hatta tunfiqu min-ma tuhibbun. Wa ma tunfiqu min syai-in fa inna-Llaha bihi 'alimun."
Ali Imran 3:92

20130602

Canggah Bola

Bila bercanggah dalam politik, kata mereka 'JANGAN'.
Canggah politik dalam satu bahagian kerna beza idea.
Mungkin ada yang cenderung kepada sifat dan prinsip radikal.
Tapi ada yang tanpa analisis teliti, terus mereka laungkan 'JANGAN'.
Kata mereka: Melayu gaduh melayu, cina tepuk tangan, india main percussion.

Bila bercanggah dalam bola, kata mereka 'TAKPA'.
Maki sana maki sini. Beza dengan canggah politik hampir-hampir tiada.
'THIS IS BUKIT BROGA!' 'LEBARKAN LENSAMU!'
'BERS***BUH KAMU!' 'GO DIE YOU!'
Akhir juga masam muka. Raut senyum memang tiada.

Memang pun dengan bola akhir sekali kita ubah dasar pendidikan.
Memang pun dengan bola di penghujungnya kita basmi kemiskinan.
Memang pun dengan bola dapat dibanteras korupsi dan rasuah.
Memang pun dengan bola hak-hak keadilan diperjuangkan.

Hmmm.
Ini kelas kelapan punya mentaliti.
Dicampur lagi permainan bola kurang berkualiti.

20130601

Mentaliti Hampas

Mencari surau hanya untuk ke tandas.
Mencari Tuhan hanya selepas tertindas.