Showing posts with label Tarbiah. Show all posts
Showing posts with label Tarbiah. Show all posts

20180808

Berjalan Tanpa Henti


Suatu ketika, Khabbab bin Arat dan beberapa orang sahabat Rasulullah SAW pergi menghadap baginda untuk mengajukan sebuah soalan: "Wahai Rasulullah, tidakkah anda hendak memintakan pertolongan bagi kami?"

Soalan timbul bukan kerana kecewa mahupun kesal terhadap perjuangan, namun kerana masing-masing berharap dan menginginkan kepada keselamatan. Tidaklah mengejutkan memandangkan Khabbab sendiri telah diseksa dengan teruk; bayangkanlah beliau seorang hamba di tengah Makkah, tanpa seorang pun saudara sekabilah apatah lagi pelindung mudah sahaja menjadi sasaran Musyrikin Makkah untuk memaksanya berbaring di atas bara, dipukul dengan besi panas, dan pelbagai lagi seksaan bagi membunuh moralnya.

20130906

Enta Daie?

Enta daie?
Enta daie di mana?
Hanya di akademi dan sekolah agama?
Duduk bersama rakan-rakan daie?
Bincang masalah dan cari solusi?
Lalu bersungguh terapkan, tapi cuma dalam akademi?
Lalu bertepuk tangan dan puas hati?
Betulkah enta daie?

Enta daie?
Enta daie di mana?
Hanya di twitter, facebook dan blogspot?
Duduk menghadap keyboard dan google-google hadis?
Kemudian sebar mengharap retweet dan share?
Lalu bertepuk tangan dan puas hati?
Betulkah enta daie?

20130519

Ku Imammu, Kau Makmumku

Kata si teruna:
Ku imammu, kau makmumku
Akan ku bimbingmu kearah kebaikan
Akan kukilas setiap tangisan
Akan kuperbaik setiap khilaf dan kesilapan
Hanya untukmu bakal makmumku.

Balas si dara:
Kau imamku, ku makmummu
Kan ku jadi tunjang yang mendokongmu
Kerna aku dari rusukmu
Yang menjaga dan memelihara
Segala urusanmu kupermudahkan
Segala bebanmu kuringankan
Kerna kau bakal imamku.

20130518

Hujan


Afiq merenung jendela. Dilihat gerimis, mungkin awan menangis.
"Aipp, tadi tengahari elok je panas. Ni hujan pulak. Takpela, kasi langgar sajaaa!"
Afiq segera menggapai but f50 Tunit/iTunes nya. Dipandang penuh kasih. Mana taknya, sepasang berharga RM779.00. Pintu rumah dibuka. Afiq menyarungkan but kesayangannya itu. Tiba-tiba: ZAAAAAAAAAAAAP!
Guruh berdentum kuat. Hujan yang renyai menjadi lebat: mencurah air hujan gugur ke bumi umpama hujan anjing dan kucing (<--pepatah Inggeris).

"CADAR! Spoil plan aku harini! Asal tetiba lebat ni!? Hujan memang spoil la!" gumam Afiq sendiri. Bengang. Segala yang dirancang habis batal. 

Jauh di atas, Awan mendengar segala cetusan lisan Afiq. Benar, Awan tidak bernyawa. Tapi dalam personifikasi cerita, Awan ini punya rasa kecewa. Awan juga makhluk yang Maha Esa. Bukan atas kehendak Awan turunnya hujan, tapi atas kekuasaan Tuhan. Dengan jiwa penuh hampa, Awan bermonolog:

20130511

Murron / Moron

Bismillah.

Dalam berprinsip
'Qul-il-haq, wa lau kana murron'
pastikan yang dilaung al-haq itu benar-benar al-haq.

Bimbang-bimbang 'murron' itu timbul,
bukan kerana pahitnya benar,
tapi kerana kita yang moron.

20130502

Pesan Abah #3

Bismillah.

Kita risau bila anak kita tak faham apa yang dibaca dalam silibus pembelajarannya.
Kita risau upayakah dia untuk menjawab peperiksaan?

Tapi,
risaukah kita bila anak kita tak memahami makna dan erti bacaan al-Qur'annya?
Itupun kalau baca.
Al-Qur'an ini sumber jawapan di akhirat kelak.
Al-Qur'an ini jugalah yang paling kita abaikan.
Allahu'alam.

Pesan Abah #2

Bismillah.

Dalam al-Qur'an ada 114 surah.
Rugilah kalau hanya satu surah yang kita baca.
Itupun surah Yasin.
Itupun malam Jumaat.
Itupun kalau ada hajat.

p/s: surah di sini tidak termasuk al-Fatihah.

Pesan Abah #1

Malam ni aku mula berkongsi pesan Abah. Buat bekal aku. Buat bekal Abah.
Kata Rasulullah SAW:

"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 

Bismillah.

Rajin-rajinkanlah diri ke surau dan masjid.
Jangan dalam saat memerlukan baru terhegeh mencari imam dan bilal:
"Mohon uruskan jenazah ibu saya ye pak imam."
"Imam, malam ni tolong buatkan tahlil untuk arwah tok saya."

Malulah.
Malu kepada jemaah dan ahli kariah.
Lebih malu kepada Allah.
Memang malu sebahagian dari iman, tapi bukan malu begini yang kita inginkan.

p/s: apa yang Abah sampaikan mungkin lain dari penyampaian, tapi maqasid insyaAllah sama dalam penulisan ini.

20130425

Celoteh 25 April 2013

Bismillah.
Atas kekuasaan yang Maha Kuasa aku berkuasa untuk celoteh malam ini.

Bismillah.

Atas satu perkara yang kamu tinggalkan
Samada kerana enggan atau bukan sebahagian daripada keinginan
Mungkin pula pada pengamatan kamu ia di luar kemampuan
MAKA
Harus kamu sedar
Itu bukan satu tiket untuk kamu menghalang yang lain
Seandai ke sana mereka cenderung dan punya ingin

*perkara : perbuatan/laku ma'ruf dan tidak kontradik dengan syariat Islam. 

Andai mudanya tidak dibimbing menjejak identiti, jangan terkejut kira tuanya tiada berjati diri.
Andai mudanya dihalang segala perkara, jangan terkejut kira tuanya tidak mengerti sebarang apa.

Dan Allah lebih mengetahui segala sesuatu.

Dalam satu riwayat, Nabi mengajarkan:

"Ajarlah anak-anakmu solat tatkala usia mereka tujuh tujuh, dan rotanlah (sekiranya mereka enggan) pada usia sepuluh tahun."

Sebarang ragu dalam mengerti, rujuk sini:

20130415

Jesus

I believe in Jesus.
Serius ni. I BELIEVE IN JESUS.

Eh? Satgi ada yang cakap aku ni murtad pulak.
Silap besar la tak beriman dekat Jesus.
Jesus tu nabi/rasul jugak. Beriman kepada rasul tu sebahagian dari kesempurnaan Islam.

'Hang ni biaq betui? Tu kapiaq saja boh nama Jesus nak bagi keliru umat Islam.'
Kalau betul, buktikan. Hakikatnya nama Jesus itu datang dari translasi, err camne nak cerita kasi senang faham? Baca je la terus dekat sini http://smderis.blogspot.com/2012/01/namesake-is-jesus-nabi-isa.html

Kadang-kadang ada jugak orang share berkenaan kristianisasi.

20130114

Puisi - Menjulang Juang

untuk pejuang-pejuang kebenaran.

Yang tertindas terus ditindas
Yang menindas tetap bebas
Ramai tercari-cari solusi
Merawat luka jiwa dan luka hati

Pejuang jangan berhenti
Peganglah erat sang panji-panji

Puisi - Hakikat Hidup


hidup ini musafir
ada suka, ada saat getir
kadang-kadang berlari dan terjatuh
ada yang futur, tersungkur dan terus lumpuh
pilihan sendiri, kelak kau sendiri
biar berdiri atas jalan Ilahi

20121217

Travelog Auckland, NZ : Tarbiyyah Bumi Biri-Biri

Rasa menarik baca travelog Ust Hasrizal (Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu), teringin berkongsi pengalaman seperti beliau. Mungkin ringkas, harapnya bermanfaat; InsyaAllah.


Bismillahirrahmanirrahim


Perkongsian pengalaman diperoleh sepanjang 7 hari di NZ. Terima kasih MARA dan Yayasan Mahasiswa. Terima kasih mak abah. Terima kasih Allah.

Orang NZ (lebih gemar dipanggil Kiwis) sangat bersih. Untuk jumpa sampah sarap di jalanan perkara yang hampir mustahil, sehinggakan apabila terlihat ada secebis sampah di atas tanah, teruja kami jadinya.
Tandas, bahkan tandas awam, sangat bersih. Sekalipun di tempat-tempat awam seperti padang dan taman rekreasi, bahkan kesan contengan dan grafiti sangat minima. Paling hebat, kesan golden shower pun tiada di kebanyakan kawasan. Ajaib untuk orang yang majoritinya tidak dibesarkan dengan ajaran Islam.
Bagaimana kita di Malaysia?

20120606

Guru, Maafkan Kami

Kata Nabi SAW; hampir guru itu menjadi rasul.

Kalau bukan kerana guru, kenalkah kita apa itu alif, apa itu ba, apa itu ta?
Kalau bukan kerana guru, mampukah kita integrasikan rumus dan formula matematik?
Kalau bukan kerana guru, tahukah kita beza alkali dan asid?
Kalau bukan kerana guru, adakah kita mampu membezakan hipotonik dan hipertonik?

20120527

Kisah Hidup dan Persepsi II

Dari kalangan orang beriman itu ada 'rijal' yang membenarkan janji-janji Allah kepada mereka. -Al-Qur'an-

Kisah Satu

Kata Ali; mahu lihat pemimpin di zaman kelak,
lihatlah pemuda marcapada ini,
adakah hari ini mereka punya jiwa berakhlak,
terdidik minda nan jua hati.

Keadilan Langit

Post terakhir: 20111227; lama tak menulis. Futur jiwa, walau idea kekal menjelma.

Hari ni cerita tentang keadilan. Kenapa? Sebab hari ni manusia sudah tidak mengenal apa itu keadilan. Kesian, sebab mereka yang gagal adil berjaya zalim, dan mereka yang zalim itu jauh dari hidayah Allah:

"Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim."
( Al-Baqarah 2 : 258 )

Dan tidaklah sesuatu selain kebenaran itu melainkan kesesatan. -Al-Qur'an-
Kerana jiwa manusia ini kacau, sukar berlaku adil, sering menolak KeADILan, menimbang gunakan dacing tapi tetap berat sebelah; tak perlu kita bersusah mencari keadilan insani. Namun yang paling berkuasa, kekal adil selamanya hanyalah keadilan langit; keadilan dari Tuhan, yang tiada menzalimi walau sebesar biji sawi.

Kisah Satu

20111129

Kisah Hidup dan Persepsi

Perkongsian pengalaman dalam sastera-sastera ringkas;

Siapakah jejaka ini? Klik sini.

20110604

Shakara, Yashkuru, Shukran Laka Ya Allah

Sedangkan sang kucing ini pun bersyukur, mengapa tidak kita?

Bila bercerita tentang nikmat Allah, yang pasti adalah satu: sehingga kiamat pun kita tetap akan gagal dalam menghitung seberapa banyak nikmat-Nya yang telah dikurniakan. Sebagaimana Allah SWT telah berfirman:

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”    ( Surah an-Nahl 16 : 18 )

Dalam menjayakan kelangsungan hidup seseorang manusia itu, tak terhitung kurniaan Allah SWT bagi membantunya. Bermula daripada kecilnya sebuah sel; nucleus, mitochondria, smooth endoplasmic reticulum, rough endoplasmic reticulum, ribosome, centriole, etc. Setiap satu ini harus disyukuri, kerana tanpa  mereka, tidak sempurnalah kita. Dan apa yang tercatit di atas hanyalah perkara yang terdapat dalam kecilnya sebuah sel, jauh sekali daripada bercerita tentang kompleksnya alam  raya ini. Namun, kendatipun terkurnia segala ini, hanya sedikit daripada kita yang bersyukur:

20110501

Earth Day 2011; Nature's Calling, Are You Listening?

"..(Para malaikat) bertanya (kepada Tuhan tentang hikmah ketetapan-Nya itu): "Adakah Engkau (Allah) hendak menjadikan di bumi itu mereka yang berbuat kerosakan (bencana) dan saling berbunuhan?".."
( Surah al-Baqarah 2:30 

Hari ini dunia memanggil-manggil penghuninya agar saling bergandingan tangan bagi membanteras kemusnahan dan pemusnahan yang berlaku. Bahkan, pelbagai petisyen telah dipersetujui bagi menjayakan usaha ini; Protokol Kyoto, Protokol Montreal, dan lain-lain lagi. Apa yang tidak kita lakukan hari ini? Namun hakikatnya segalanya bermula daripada tangan kita sendiri.

Penipisan lapisan ozon, kesan rumah hijau, pulau haba, banjir kilat, tanah runtuh, dan 1001 lagi bencana yang menimpa kita pada hari ini; bukankah semua ini salah kita? Yang giat membangunkan bandar tanpa memikirkan kesan sejagat; yang giat menarah bukit, menggondol hutan demi keuntungan; bukankah ini semua hasil kerja kita? Maka benarlah firman Tuhan:

20110416

Kebaikan = Kebaikan

Kerana keuntungannya yang berganda kita harus melabur.



Bismillah-il-lazi-khalaqani-wal-lazi-razaqoni-bil-aql-wal-qalb-li'ufakkiru-'ala-ma-kholaqa-wa-ma-nazala-fis-samawati-wal-ardh.


“Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pelaku kebaikan, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
< Surah al-Baqarah : 112>

 “Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan berbuatlah kebaikan (dengan sebaik-baiknya); kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.
< Surah al-Baqarah : 195 >