Bila bercanggah dalam politik, kata mereka 'JANGAN'.
Canggah politik dalam satu bahagian kerna beza idea.
Mungkin ada yang cenderung kepada sifat dan prinsip radikal.
Tapi ada yang tanpa analisis teliti, terus mereka laungkan 'JANGAN'.
Kata mereka: Melayu gaduh melayu, cina tepuk tangan, india main percussion.
Bila bercanggah dalam bola, kata mereka 'TAKPA'.
Maki sana maki sini. Beza dengan canggah politik hampir-hampir tiada.
'THIS IS BUKIT BROGA!' 'LEBARKAN LENSAMU!'
'BERS***BUH KAMU!' 'GO DIE YOU!'
Akhir juga masam muka. Raut senyum memang tiada.
Memang pun dengan bola akhir sekali kita ubah dasar pendidikan.
Memang pun dengan bola di penghujungnya kita basmi kemiskinan.
Memang pun dengan bola dapat dibanteras korupsi dan rasuah.
Memang pun dengan bola hak-hak keadilan diperjuangkan.
Hmmm.
Ini kelas kelapan punya mentaliti.
Dicampur lagi permainan bola kurang berkualiti.
Showing posts with label Sahsiah. Show all posts
Showing posts with label Sahsiah. Show all posts
20130602
20130518
Hujan
Afiq merenung jendela. Dilihat gerimis, mungkin awan menangis.
"Aipp, tadi tengahari elok je panas. Ni hujan pulak. Takpela, kasi langgar sajaaa!"
Afiq segera menggapai but f50 Tunit/iTunes nya. Dipandang penuh kasih. Mana taknya, sepasang berharga RM779.00. Pintu rumah dibuka. Afiq menyarungkan but kesayangannya itu. Tiba-tiba: ZAAAAAAAAAAAAP!
Guruh berdentum kuat. Hujan yang renyai menjadi lebat: mencurah air hujan gugur ke bumi umpama hujan anjing dan kucing (<--pepatah Inggeris).
"CADAR! Spoil plan aku harini! Asal tetiba lebat ni!? Hujan memang spoil la!" gumam Afiq sendiri. Bengang. Segala yang dirancang habis batal.
Jauh di atas, Awan mendengar segala cetusan lisan Afiq. Benar, Awan tidak bernyawa. Tapi dalam personifikasi cerita, Awan ini punya rasa kecewa. Awan juga makhluk yang Maha Esa. Bukan atas kehendak Awan turunnya hujan, tapi atas kekuasaan Tuhan. Dengan jiwa penuh hampa, Awan bermonolog:
20130502
Pesan Abah #1
Malam ni aku mula berkongsi pesan Abah. Buat bekal aku. Buat bekal Abah.
Kata Rasulullah SAW:
Kata Rasulullah SAW:
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
Bismillah.
Rajin-rajinkanlah diri ke surau dan masjid.
Jangan dalam saat memerlukan baru terhegeh mencari imam dan bilal:
"Mohon uruskan jenazah ibu saya ye pak imam."
"Imam, malam ni tolong buatkan tahlil untuk arwah tok saya."
Malulah.
Malu kepada jemaah dan ahli kariah.
Lebih malu kepada Allah.
Memang malu sebahagian dari iman, tapi bukan malu begini yang kita inginkan.
p/s: apa yang Abah sampaikan mungkin lain dari penyampaian, tapi maqasid insyaAllah sama dalam penulisan ini.
Labels:
Ibadah,
Pesan Abah,
Sahsiah,
Tarbiah
20130114
Puisi - Menjulang Juang
untuk pejuang-pejuang kebenaran.
Yang tertindas terus ditindas
Yang menindas tetap bebas
Ramai tercari-cari solusi
Merawat luka jiwa dan luka hati
Pejuang jangan berhenti
Peganglah erat sang panji-panji
Yang menindas tetap bebas
Ramai tercari-cari solusi
Merawat luka jiwa dan luka hati
Pejuang jangan berhenti
Peganglah erat sang panji-panji
Puisi - Hakikat Hidup
hidup ini musafir
ada suka, ada saat getir
kadang-kadang berlari dan terjatuh
ada yang futur, tersungkur dan terus lumpuh
pilihan sendiri, kelak kau sendiri
biar berdiri atas jalan Ilahi
20121217
Travelog Auckland, NZ : Tarbiyyah Bumi Biri-Biri
Rasa menarik baca travelog Ust Hasrizal (Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu), teringin berkongsi pengalaman seperti beliau. Mungkin ringkas, harapnya bermanfaat; InsyaAllah.
Bismillahirrahmanirrahim
Perkongsian pengalaman diperoleh sepanjang 7 hari di NZ. Terima kasih MARA dan Yayasan Mahasiswa. Terima kasih mak abah. Terima kasih Allah.
Orang NZ (lebih gemar dipanggil Kiwis) sangat bersih. Untuk jumpa sampah sarap di jalanan perkara yang hampir mustahil, sehinggakan apabila terlihat ada secebis sampah di atas tanah, teruja kami jadinya.
Tandas, bahkan tandas awam, sangat bersih. Sekalipun di tempat-tempat awam seperti padang dan taman rekreasi, bahkan kesan contengan dan grafiti sangat minima. Paling hebat, kesan golden shower pun tiada di kebanyakan kawasan. Ajaib untuk orang yang majoritinya tidak dibesarkan dengan ajaran Islam.
Bagaimana kita di Malaysia?
20120606
Guru, Maafkan Kami
Kata Nabi SAW; hampir guru itu menjadi rasul.
Kalau bukan kerana guru, kenalkah kita apa itu alif, apa itu ba, apa itu ta?
Kalau bukan kerana guru, mampukah kita integrasikan rumus dan formula matematik?
Kalau bukan kerana guru, tahukah kita beza alkali dan asid?
Kalau bukan kerana guru, adakah kita mampu membezakan hipotonik dan hipertonik?
20120527
Kisah Hidup dan Persepsi II
| Dari kalangan orang beriman itu ada 'rijal' yang membenarkan janji-janji Allah kepada mereka. -Al-Qur'an- |
Kisah Satu
Kata Ali; mahu lihat pemimpin di zaman kelak,
lihatlah pemuda marcapada ini,
adakah hari ini mereka punya jiwa berakhlak,
terdidik minda nan jua hati.
20111227
Cinta Muka Buku
Cinta Muka Buku? Ni bukan cinta muku buku saya; bukan kisah 'kau hantar mesej suruh aku terima kamu'. Bukan jua kisah tentang Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif, bukan juga Cinta Muka Buku versi Islamik dan bukan pula kisah Nafsu Muka Buku, jauh sekali bercerita tentang Cinta Muka Bulu :P
Tapi ini kisah tentang Cinta Muka Buku yang lain, yang sebenarnya bermain dengan sentimen akidah dan kepercayaan kita.
20111129
20110826
Siapa Setan Sekarang?
“Hari tu rumah kita kena pecah masuk.”
“Betul ke kaklang? Apa dia ambik?”
“Ada la sikit, tengok ni. Abah dah tambah padlock lagi.”
“Ooo, patutlah~”
.
.
.
.
.
20110604
Shakara, Yashkuru, Shukran Laka Ya Allah
![]() |
| Sedangkan sang kucing ini pun bersyukur, mengapa tidak kita? |
Bila bercerita tentang nikmat Allah, yang pasti adalah satu: sehingga kiamat pun kita tetap akan gagal dalam menghitung seberapa banyak nikmat-Nya yang telah dikurniakan. Sebagaimana Allah SWT telah berfirman:
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” ( Surah an-Nahl 16 : 18 )
Dalam menjayakan kelangsungan hidup seseorang manusia itu, tak terhitung kurniaan Allah SWT bagi membantunya. Bermula daripada kecilnya sebuah sel; nucleus, mitochondria, smooth endoplasmic reticulum, rough endoplasmic reticulum, ribosome, centriole, etc. Setiap satu ini harus disyukuri, kerana tanpa mereka, tidak sempurnalah kita. Dan apa yang tercatit di atas hanyalah perkara yang terdapat dalam kecilnya sebuah sel, jauh sekali daripada bercerita tentang kompleksnya alam raya ini. Namun, kendatipun terkurnia segala ini, hanya sedikit daripada kita yang bersyukur:
20110416
Kebaikan = Kebaikan
![]() |
| Kerana keuntungannya yang berganda kita harus melabur. |
Bismillah-il-lazi-khalaqani-wal-lazi-razaqoni-bil-aql-wal-qalb-li'ufakkiru-'ala-ma-kholaqa-wa-ma-nazala-fis-samawati-wal-ardh.
“Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pelaku kebaikan, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
< Surah al-Baqarah : 112>
“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan berbuatlah kebaikan (dengan sebaik-baiknya); kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.”
< Surah al-Baqarah : 195 >
Subscribe to:
Posts (Atom)

